LAWATAN TAPAK MITIGASI BANJIR BAYAN BARU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Bayan Baru, 25 Mac 2020 – Pegawai Daerah Barat Daya telah mengarahkan agar satu lawatan tapak diadakan pada 24 Mac 2022 bagi mengenalpasti cadangan mitigasi banjir di kawasan ‘hotspot’ sekitar Bayan Baru susulan daripada isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Projek Daerah Barat Daya.

Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Rosli Bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan turut disertai oleh wakil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Kerja Raya Daerah Barat Daya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya. Selain itu, wakil Pejabat Parlimen Bayan Baru, wakil YB Adun Pantai Jerejak, Penghulu Kawasan Pantai Jerejak dan MPKK turut menyertai lawatan tapak pada kali ini.

Semoga permasalahan ini dapat ditangani dengan sebaiknya demi kepentingan penduduk Daerah Barat Daya.

 

Sumber:

Laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut