????????? ?????? ?????????? ??????? ????????? ???????? ????? ????? ????? ????????

Β  Β 

????????, ?? ??? ????: Lawatan kerja Encik Azmi bin Rani, Pengarah FRI Gelang Patah, Johor bersama Encik Kasim bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan ke Projek Ternakan Udang Putih Super Intensif, Encik Cheong Chen Kent.

Dalam usaha memodenkan sektor akuakultur, teknologi ternakan udang putih super intensif adalah cara membudayakan penggunaan teknologi dan inovasi terkini bertujuan meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur.

Dengan mengambil kira kawasan ternakan yang terhad, penternak ini bertekad menggunakan teknologi Recirculating Aquaculture System (RAS) dengan menerapkan Amalan Akuakultur Baik yang dilengkapi kolam takungan dan rawatan dalam persekitaran terkawal untuk meningkatkan biosekuriti serta pengawalan penyakit. Dianggarkan pengeluaran sebanyak 3.60 tan metrik sebulan berdasarkan 15 buah tangki HDPE yang akan dibangunkan sepenuhnya pada tahun ini.

Semasa lawatan, Encik Azmi turut mencadangkan beberapa penambahbaikan sistem sedia ada bagi melancarkan pengurusan ternakan. Diharapkan penggunaan teknologi moden ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur dan pendapatan penternak.

Turut hadir Puan Nur Hidaya Dmuliany binti Mohd Sidek, Ketua Cawangan Akuakultur Negeri Sembilan; Puan Ruzaini binti Md Radzi, Ketua Daerah Perikanan Seremban, kakitangan FRI Gelang Patah dan kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Seremban.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Institut Penyelidikan Perikanan Air Payau, Gelang Patah, Johor di atas kesudian berkongsi kepakaran berkaitan ternakan udang putih super intensif.

Sumber : FB Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut