DSA, NATSEC ASIA 2022 MEDAN TENTERA DARAT MALAYSIA BANDING ASET TERKINI UNTUK PERTAHANAN NEGARA  

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Pengurusan Aset Keselamatan Negara Secara Komprehensif)

Platfrom Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Mac 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dilihat sebagai medan bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) membuat perbandingan mengenai aset yang terbaik dan terkini untuk pertahanan negara. Panglima Tentera Darat, Jen. Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata dalam program Ruang Bicara Pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 yang disiarkan secara langsung di Bernama TV pada 23 Mac 2022, TDM boleh melihat aset-aset canggih dan berteknologi dari negara lain untuk rujukan masa hadapan dan dapat buat perbandingan dengan sebarang aset yang moden supaya aset pertahanan negara seiring dengan negara-negara lain dan tidak ketinggalan zaman. Tambah beliau, pucuk pimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat berjumpa dengan rakan sejawatan dari negara lain bagi bertukar maklumat dan pandangan melalui penganjuran pameran ini

Sementara itu, Pengerusi DSA, Tan Sri Asmat Kamaluddin berkata penganjuran pameran DSA dan NATSEC merupakan kelima terbesar di dunia akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara. Menurut beliau, penganjuran program sebelum ini telah berjaya menyumbang RM900 juta dan pada tahun 2022, ia dianggarkan dapat menyumbang RM500 juta kepada ekonomi negara. Dalam pada itu, Asmat berkata pada DSA kali ini, dua persidangan utama akan dianjurkan iaitu Putrajaya Forum bertajuk “Tanggungjawab Bersama, Serantau Bersama” dan mengenai keselamatan siber iaitu “Masa Hadapan Keselamatan di Asia Tenggara”.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut