ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA: MISI EVEREST 2022 DIPLOMASI AWAM MENDUKUNG IMEJ MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kenegaraan)

Pasukan pendaki Keluarga Malaysia yang membawa Misi Malaysia Everest 2022, adalah duta yang bukan sahaja bakal mengharumkan nama negara, bahkan merapatkan hubungan diplomasi antara negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, aktiviti pendakian seperti juga sukan lain, yang dianggap sebagai diplomasi awam kerana ia memainkan peranan membawa imej Malaysia.

Pada ketika ini 19 orang rakyat Malaysia sudah berjaya menawan puncak Everest dan menerusi Misi Everest 2022 kali ini Malaysia akan diwakili oleh 10 orang pendaki. Membawa semangat Keluarga Malaysia, 10 pendaki negara kali ini termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) akan memulakan misi pada 15 April 2022 ini. Semoga Maju Jaya!

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …