SAMBUTAN HARI SENIMAN NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Sosio-Budaya & Identiti Nasional)

Sambutan Hari Seniman Negara 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 22 Mac 2022 bertempat di Perkarangan Kompleks Bukit Jambul. Majlis ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya dilaksanakan dengan penuh warna-warni dan gilang-gemilang.

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zon Utara telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan majlis tersebut. Majlis ini berkonsepkan semi-formal (bersemuka) dengan penglibatan komuniti penggiat seni tempatan seperti pelakon, pemuzik, pelukis, pengukir, penyajak dan penulis.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Seniman Negara 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Antaranya ialah Pertandingan Senandung Irama dan Lagu serta Malam Senandung P. Ramlee. Turut diadakan ialah Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi memperingati jasa-jasa para seniman terdahulu dan mendoakan kesejahteraaan serta rahmat kepada para seniman yang telah berbakti kepada komuniti, masyarakat dan Negara.

Hari Senaman Negara 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang, Dr.Haniff Bin Hassan dan Ketua Zon Utara FINAS, Hazmin Mohamad Hussin.

Sumber:

Laman FB Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BRISK WALK: PERLUKAH IKUT BERAT BADAN DAN JARAK?

Berjalan pantas atau brisk walk semakin popular sebagai aktiviti fizikal yang mudah, murah dan sesuai dilakukan oleh kebanyakan orang. Namun, …

PENYUSUAN SUSU IBU: KURANG SUSU ATAU KURANG ILMU?

Minggu Penyusuan Susu Ibu merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …