MULTAQA MURABBI UMMAH PERKASA DAKWAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Hotel City Bayview, Georgetown di mana penganjuran majlis tersebut adalah usahasama yang erat antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ditemani oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

Sebanyak RM31,217,982.00 telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Pulau Pinang pada Tahun 2022 selaku tonggak utama dalam menggerakkan komuniti Islam di peringkat masyarakat setempat.

Diharapkan dengan kejayaan pengajuran program murabbi ummah ini dapat meneruskan kecemerlangan dan ikatan ukhuwah para penggerak dakwah untuk bersama-sama dalam membawa visi dan misi Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuhkan dakwah dan tadbir urus hal ehwal Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

Sumber:

Laman FB Rasmi JAKIM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …