KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT YANG DIPERTUA PULAU PINANG

Kunjungan hormat ke atas TYT Pulau Pinang

Pada 8 Mac 2019 (Jumaat), Yang Berusaha Tuan Nazrul Fazami Bin Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di kediaman beliau bertempat di Seri Mutiara Jalan York, Pulau Pinang.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Lt Kol Roslan Bin Arifin, Penolong Pengarah (Tentera) MKN Pulau Pinang dan Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Tuan Sofandi Bin Bujang.

Antara objektif utama pertemuan di atas adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu keselamatan dan senario semasa di Pulau Pinang. MKN Pulau Pinang mendapat respon positif kerana kunjungan hormat seumpama ini dilihat mampu menjadi platform berkesan dalam usaha memantapkan kerjasama antara MKN Pulau Pinang dan pentadbiran kerajaan Negeri.

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …