MAJLIS PERASMIAN KLINIK BANTUAN KEMANUSIAAN QFFD

Majlis Perasmian Klinik Bantuan kemanusiaan QFFD (QFFD Humanitarian Aid Clinic – Healthcare for Refugees in Malaysia) di Ampang, Selangor telah disempurnakan oleh wakil Qatar Charity (QC) di Malaysia bagi pihak QFFD pada 19 Disember 2019. Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Presiden MERCY Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Projek ini adalah kerjasama di antara Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan QC bagi melaksanakan perlindungan kesihatan sejagat sebagaimana yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia terhadap pelarian di Malaysia. Projek tiga (3) tahun yang dibiayai sepenuhnya oleh QFFD, dilancarkan dengan kerjasama tiga (3) NGO iaitu MERCY Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) dengan sokongan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah terlibat pada peringkat awal melalui perbincangan dengan kerajaan Qatar dan QFFD bagi pelaksanaan projek ini.

   

Klinik yang pertama seumpamanya di Malaysia ini akan menawarkan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Utama termasuk rawatan pesakit luar, vaksinasi dan Program Pendidikan Kesihatan terhadap pelarian bagi membolehkan mereka dipindahkan ke negara ketiga atau kembali semula ke negara asal selepas konflik. Projek ini juga bertujuan bagi mengurangkan beban tanggungan kewangan kepada kerajaan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pelarian di hospital dan klinik kerajaan. Walaupun Malaysia tidak menjadi Negara Ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 tetapi atas dasar kemanusiaan (humanitarian basis) Malaysia turut menghulurkan bantuan dari segi penjagaan kesihatan terhadap pelarian. Walaupun begitu, program yang dilaksanakan ini hanya bersifat sementara dan tidak akan menjadikan pelarian Rohingya dan pelarian lain yang terlibat di dalam Program Bantuan Kemanusiaan ini untuk terus kekal berada dalam negara dan ianya hanyalah sebagai persediaan untuk penempatan ke negara ketiga atau pulang ke negara asal dalam tempoh tiga (3) tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut