BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Seperti sedia maklum, Zakat Pulau Pinang mengumumkan satu bantuan pelajaran iaitu Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang kepada semua pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PH.D. Objektif bantuan ini adalah untuk membantu urusan kewangan mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP samada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Terbuka kepada semua kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang, MAINPP sahaja.
  3. Pemohon mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  4. Permohonan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dibuka kepada semua bidang pengajian atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  5. Keputusan nilai purata semester 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Ibu bapa yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan/harta mereka di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
  7. Pemohon yang tidak bermastautin di Pulau Pinang tetapi ibu bapa mereka membayar zakat di Pulau Pinang adalah layak memohon dengan syarat mereka tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.
  8. Pemohon yang bermastautin di Pulau Pinang tetapi ibu bapa mereka bekerja di luar Pulau Pinang serta tidak membayar zakat di Pulau Pinang adalah layak memohon dengan syarat mereka tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan mestilah dibuat melalui portal pengguna zakatpenang2u.com pada waktu permohonan yang dibuka.
  2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris.
  3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tanggungan yang mempunyai surat sokongan sahaja.

NOTA:

  • Sebarang keputusan atau perubahan adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang.
  • Sebarang keterangan atau maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Dermasiswa Pengajian, Zakat Pulau Pinang di talian 04- 5498088/125/155 atau emel ke dermasiswa@zakatpenang.com.

Selamat permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa Zakat Pulau Pinang!

Sumber:

Laman FB Rasmi Zakat Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut