PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR: E-WASTE PERLU DIURUSKAN SECARA LESTARI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Majlis Penutupan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (e-waste isi rumah) telah diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dengan kerjasama UiTMCPP Kampus Bertam dan MM Century Sdn. Bhd pada 22 Mac 22. Inisiatif ini dilancarkan bersempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2022 dan juga Hari Bumi Sedunia pada 22 April 2022. Pelancaran disempurnakan oleh Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.
Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab berkata, adalah penting untuk semua pihak berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa buangan elektrik dan elektronik perlu diurus dengan cara yang terbaik untuk melestarikan alam sekitar. Ini bermakna buangan atau e-waste ini tidak boleh dilupuskan di tempat sembarangan iaitu premis-premis haram yang tidak berlesen dan juga tidak boleh dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sampah biasa kerana kandungan pencemar di dalam e-waste ini boleh memberi kesan kepada tapak pelupusan sampah disamping memendekkan tempoh hayat tapak pelupusan. E-waste yang dibuang di tapak pelupusan juga mungkin menarik pengutip sampah yang mungkin akan membakar wayar-wayar bagi mendapatkan logam-logam. Ini mungkin membawa insiden kebakaran kerana tapak pelupusan mungkin juga mrngeluarkan gas metana yang mudah terbakar.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong penuh inisiatif dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dalam menjayakan aktiviti-aktiviti alam sekitar dalam mempromosi alam sekitar yang lebih lestari dan selamat bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang awam. Beliau turut menekankan jalinan kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dapat diperluaskan kepada latihan teknikal, perkongsian ilmu dan program-program kesedaran alam sekitar yang lain melalui usahasama sebagai rakan strategik JAS.
Sumber:
Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …