MARA, PEMAIN INDUSTRI KERJASAMA PACU PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN, PELABURAN BUMIPUTERA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO-POLITIK (Keseimbangan Hak Majoriti dan Hak Minoriti)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneruskan agendanya memperkasa pembangunan Bumiputera, melalui kerjasama dengan beberapa pemain industri utama serta agensi teknologi bagi memacu program pendidikan, keusahawanan dan pelaburan golongan itu berteraskan teknologi.

MARA telah mencapai persetujuan kerjasama selama tiga (3) tahun menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Technology Depository Agency Berhad (TDA), HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan SIRIM Berhad.

Kolaborasi tersebut adalah bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar melalui beberapa bidang fokus, antaranya akses kepada pasaran global, pembangunan sumber manusia serta pemindahan teknologi serta pengetahuan. Kerjasama ini akan membantu merancakkan lagi penglibatan Bumiputera dalam industri automotif, terutamanya MRO (penyenggaraan, pembaikan dan operasi) dan dalam masa yang sama membantu mewujudkan lebih ramai tenaga kerja mahir, dalam waktu terdekat.

Pengerusi MARA Datuk Seri Azizah Mohd Dun menerusi kenyataan memaklumkan MARA turut bekerjasama dengan HINO Motors, untuk mewujudkan program pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang MRO kenderaan komersial.

Beliau berkata, MARA yang berperanan membangunkan industri perabot Bumiputera iaitu FITEC, turut memeterai perjanjian bersama SIRIM Berhad bagi tujuan Skim Pensijilan Barangan Perabot, merangkumi pensijilan dan pengujian untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Sumber:

Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut