IMIGRESEN SEDIA 970,000 PASPORT ANTARABANGSA UNTUK DIPERBAHARUI

Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan sebanyak 970,000 buku pasport bagi tujuan pembaharuan Pasport Antarabangsa Malaysia sempena pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata jumlah itu dijangka mencukupi untuk bekalan sehingga Julai tahun ini bagi kegunaan rakyat negara ini yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk keluar negara.
“Di dalam stok imigresen sekarang ini, kami mempunyai sebanyak 970,000 buku pasport yang mana jumlah ini dijangka mencukupi sehingga Julai tahun ini dan selepas itu barulah pihak kami akan menambah semula stok.
Bilangan unjuran ini dibuat berdasarkan kepada jumlah statistik pembaharuan pasport dalam negara kita sebelum berlakunya pandemik COVID-19, dan pada ketika itu, jumlah rakyat kita yang memohon dan memperbaharui pasport mereka setiap tahun adalah antara 2.3 hingga 2.5 juta setahun,” katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Beliau juga berkata, Malaysia akan membenarkan rakyat dan pelancong asing memasuki negara ini bermula 1 April ini, selepas pintu masuk sempadan negara ditutup sejak Mac 2020 bagi menangani pandemik COVID-19.
Bagi mengatasi masalah kesesakan di pintu keluar masuk antarabangsa sempena Ramadan dan musim mengerjakan ibadah umrah bermula April ini, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya akan menggalakkan jemaah menggunakan sistem laluan automatik daripada kaunter manual.
“Ia bagi membolehkan urusan keluar masuk negara berjalan dengan lancar. Selain itu, strategi lain yang akan digunakan ialah kami akan membuka kaunter khas bagi jemaah yang tidak berupaya menggunakan ‘autogate’,” katanya.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, BERNAMA, Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut