LATIHAN ANCAMAN KEGANASAN EX-RAMPAS LIA 2019 UJI KEUPAYAAN DAN KEBERKESANAN ERP MAHB DAN AGENSI DI BAWAH ARAHAN MKN NO. 18

Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui MKN Negeri Kedah dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengadakan Latihan Ancaman Keganasan Ex-Rampas LIA 2019 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), Kedah bermula 25 hingga 29 November 2019. Eksesais ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (BPPKN, MKN, JPM) dan bertujuan untuk menguji Pelan Tindakbalas Kecemasan (ERP) MAHB selaku peneraju keselamatan di lapangan tersebut dan juga Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan dan Agensi berkaitan dalam pengurusan dan pengendalian krisis keganasan berdasarkan Arahan MKN No. 18. Eksesais ini melibatkan penyertaan seramai 500 orang peserta daripada 32 Jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk pihak swasta serta pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …