21 MAC: HARI SINDROM DOWN SEDUNIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

21 Mac pada setiap tahun adalah merupakan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut di seluruh dunia. Sebab 21 Mac dipilih sebagai tarikh Hari Sindrom Down Sedunia adalah kerana keunikan triplication (trisomy) kromosom 21 yang ada pada individu Sindrom Down (DS). Seseorang individu dengan DS mempunyai lebih satu kromosom pada pasangan kromosom 21 (Trisomi 21).

Tujuan hari kesedaran global ini disambut adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar mengenali individu DS supaya mereka juga turut diberi peluang yang sama dalam perhubungan kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dalam komuniti.


Menerusi Laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan bahawa individu dengan DS mempunyai ciri-ciri fizikal istimewa tertentu dan juga berisiko untuk menghidapi masalah kesihatan tertentu.

Hari Sindrom Down diraikan bagi menghargai individu Sindrom Down dan ahli keluarga mereka.

?Selamat Hari Sindrom Down Sedunia?

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …