OP MOTOSIKAL

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang dan Stesen Penguatkuasa Penaga telah melaksanakan Operasi Motosikal di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan lorong motosikal Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang pada 20 Mac 2022. Operasi Motosikal yang diadakan di dua lokasi berasingan ini, bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang di jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan serta mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin, berhemah semasa memandu di jalan raya.

Antara kesalahan dikesan sepanjang Operasi yang diadakan ialah kesalahan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsurans, pamer nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ‘extreme’, pengubahsuaian ekzos, tiada brek hadapan motosikal, tiada cermin sisi dan tidak pamer pelekat ‘P’.

Sumber: Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut