Segala puji puja bagi Allah SWT atas limpah izin dan restu-Nya Program Cakna Pengguna, Komuniti Sejahtera peringkat jajahan Pasir Mas anjuran bersama KPDNHEP Kelantan dan KitaBina berjaya dilaksanakan dengan meriah dalam pematuhan SOP.
Suasana muhibah sesama warga Pasir Mas di segenap lapisan masyarakat itu ketara terserlah melalui acara yang dipertandingkan seperti memasak menu berasaskan cendawan KitaBina , mewarna kategori kanak-kanak usia 4 hingga 7 tahun dan 8 hingga 12 tahun.
Paling menarik perhatian pengunjung ialah pertandingan mewarna kategori dewasa dan warga emas melibat dua peserta lelaki dan sembilan wanita. Johan diraih oleh peserta lelaki.
Doakan KitaBina dan KPDNHEP dapat bersinergi lagi dalam program kemasyarakatan seterusnya.





SUMBER : KPDNHEP KELANTAN