KELANTAN BENARKAN OPERASI BAZAR, MADINAH RAMADHAN

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan bazar dan Madinah Ramadan kembali beroperasi sepanjang bulan puasa tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, walaupun negara memasuki fasal endemik pada 1 April ini, namun operasi bazar dan Madinah Ramadan itu perlu mengikut garisan panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuka bazar Ramadan di kawasan masing-masing,” katanya semasa Program Gotong-Royong Pesisir Pantai ‘Pakak Maghi Bersih Pata Kito’ di Pantai Cahaya Bulan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kapasiti para peniaga itu diserahkan kepada PBT masing-masing untuk menentukannya jumlah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu berkata, solat tarawih di Madinah Ramadan di dataran Stadium Sultan Muhammad IV juga akan kembali beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, persiapan Madinah Ramadan sedang giat dilakukan oleh kerajaan negeri ketika ini dan dilaksanakan mengikut SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut