PERTANDINGAN BATTLE OF THE BAND TERBUKA WP LABUAN 2022

WP LABUAN – Kumpulan OTP muncul juara Pertandingan “Battle Of The Band” Terbuka Labuan 2022 anjuran Perbadanan Labuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan malam tadi sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Penyampaian hadiah pertandingan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien. Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Perbadanan Labuan Tn Hj. Rithuan Mohd Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbandaran En. Fadzillah Mahmud.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 10 kumpulan menyertai pertandingan itu. Namun demikian, hanya lima kumpulan daripadanya layak bersaing ke pusingan peringkat akhir. Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (JPKK) Perbadanan Labuan En. Shahrulizam Sapar berkata pertandingan itu pada asalnya diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.
Namun, acara berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara waktu susulan peningkatan kes pandemik COVID-19 dengan penulan varian Omicron yang meningkat mendadak. Sementara itu, JPKK juga turut menganjurkan Pertandingan Tarian Zapin Kreatif Terbuka yang diadakan di Dewan konvensyen Ujana Kewangan.
Sumber: JAPEN Labuan / Perbadanan Labuan / BES Labuan / Jefrey Nian
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …