MAINS BANTU 3 BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL

   

SEREMBAN, 17 Mac – Zakat yang ditunaikan umat Islam telah membantu seorang ibu bersama 2 orang anak yang kehilangan tempat tinggal akibat kesempitan hidup untuk kembali berteduh dan memulakan kehidupan baharu.

Shyma Adyana Harun, 43, bersama 2 orang anaknya berusia 16 dan 13 tahun sebelum ini terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tunggakan yang tidak mampu dijelaskan dan hanya tinggal termangu di kaki lima kedai sebelum aduan disampaikan kepada Skuad Gerak Khas (SGK) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Bertindak atas maklumat, SGK MAINS bertindak pantas bersama pegawai-pegawai agihan MAINS cawangan Senawang untuk turun membantu keluarga ini mendapatkan bilik sewa baharu di Kemayan Square termasuk bantuan bayaran sewa selama 3 bulan sementara ibu tersebut mendapat pekerjaan. Bantuan-bantuan kebajikan sampingan seperti kipas dan keperluan makanan asas turut disalurkan.

Turun ziarah Ketua SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad, Pegawai SGK MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil, Pegawai Agihan MAINS Cawangan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz besama pembantunya, Nurul Ain Karim.

Operasi berakhir kira-kira jam 12 tengah malam.

Sumber : FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAMPUNG SUNGAI IKAN, TERENGGANU TERBAKAR.

Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu sedang giat dijalankan. Pengarah …
Maklumat Lanjut

TAKLIMAT KERJA UKUR POST-MONSOON BAGI PENGUMPULAN DATA HIDOGRAFI DI MUARA SUNGAI GOLOK

Program usahasama Malaysia Thailand. Tarikh : 25/4/2025 Masa : 10.00 pagi Tempat : Imigresen Thailand dan lawatan ke pesisir muara …
Maklumat Lanjut

PEMERIKSAAN ICQS BUKIT BUNGA

Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan pemeriksaan 32 buah kenderaan tempatan & asing di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah, …
Maklumat Lanjut