KURANGKAN RISIKO JANGKITAN COVID-19 KETIKA MENYERTAI AKTIVITI SOSIAL ATAU KERAMAIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Dalam SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dengan memastikan penjarakan fizikal 1 meter.

Walaupun ianya dibenarkan, masyarakat seharusnya sedar bahawa virus COVID-19 sentiasa berada di sekeliling kita. Risiko untuk mendapat jangkitan adalah tinggi. Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil sebelum menyertai aktiviti sosial atau keramaian bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Untuk mendapat lebih maklumat berkaitan tindakan-tindakan untuk mengurangkan risiko jangkitan, anda boleh merujuk kepada infografik yang telah disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Sumber : Laman FB Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …