PEMBELIAN SECARA ONLINE : RISIKO DAN TINDAKAN PENYELESAIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Pembelian secara online kini menjadi pilihan utama semua pengguna di Malaysia. Selain menjimatkan masa dan tenaga, ianya juga memberi pengguna banyak pilihan dari segi harga dan jenis barangan sebelum membeli. Walaubagaimanapun, pembelian secara online pastinya mempunyai risiko yang tersendiri. Antaranya ialah barangan yang dibeli berbeza dengan apa yang diklankan, harga yang tidak berpatutan dan barangan yang dibeli tidak sampai atau sampai sebahagian sahaja.

Antara yang sering ditakuti oleh pengguna ialah apabila tempahan atau pembelian barang secara dalam talian, tetapi barang yang ditunggu tidak sampai, rosak atau yang sampai hanya sebahagian sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, pengguna harus tahu apa tindakan yang harus dilakukan.

Bersama-sama ini dikongsikan infografik yang telah disediakan oleh KPDNHEP berkaitan tindakan yang perlu dilakukan jika barang yang dipesan/beli tidak sampai atau sampai sebahagian sahaja. Pengguna juga dinasihatkan tidak berurusniaga dengan penjual / seller yang menjual melalui facebook, whatsapp dan applikasi sepertinya.

Sumber : Laman Rasmi KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …