WARGA EMAS DINASIHAT DAPATKAN DOK PENGGALAK MENJELANG RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Warga emas dinasihatk untuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak COVID-19 sebagai perlindungan diri terutama menjelang Ramadan ini, seru Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu melalui ciapan di Twitter beliau hari ini berkata pengambilan suntikan tersebut amat penting kerana pada bulan Ramadan (Puasa) dijangka ramai warga emas akan keluar ke masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih.

“Mesej ini juga penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi ke solat tarawih. Elok top-up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar dan tawakal kepada Allah”, katanya.

Menteri Kesihatan melalui ciapannya turut memaklumkan sebanyak 105 kematiab COVID-19 dilaporkan semalam dan warga emas yang tiada vaksinasi atau dos penggalak adalah golongan yang amat berisiko tinggi.

Kapasiti hospital atau unit rawatan rapi (ICU) terkawal namun Menteri Kesihatan juga berharap agar kadar kematian turut terkawal.

Sumber:

Bernama 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …