KEPADATAN PENJARA DI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8:  KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

GEORGETOWN – Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Datuk Ibrisam Abdul Rahman memaklumkan 50 buah penjara termasuk penjara satelit di seluruh negara mengalami kepadatan banduan sehingga melebihi kapasiti yang sepatutnya iaitu sehingga 70,000 orang banduan berbanding 62,000 bagaimanapun keadaan itu masih terkawal.

Antara penjara yang mengalami kepadatan banduan adalah Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang dengan jumlah banduan melebihi 6,000 berbanding kapasiti sebenar iaitu hanya 3,000 orang. Manakala di Pulau Pinang, Penjara Seberang Perai jumlah banduan di Penjara Seberang Perai ketika ini adalah 1,900 sedangkan kapasitinya hanya 1,500 sahaja, sementara Penjara Reman Pulau Pinang pula, jumlah banduan yang ada sekarang adalah 1,900 orang namun kapasitinya adalah 1,100 orang banduan.

Dalam perkembangan sama, Ibrisam berkata, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) mahu lebih ramai banduan yang menjalani hukuman ringan dikenakan sistem parol dan pemulihan dalam komuniti. Katanya, berdasarkan maklumat mendapati, hanya 0.4 peratus daripada banduan yang menjalani hukuman dalam komuniti terlibat semula dalam jenayah berbanding 13 peratus yang dihukum di penjara.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut