KOS JANA ELEKTRIK MENINGKAT 45 PERATUS SUSULAN PENINGKATAN HARGA ARANG BATU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pengurusan Infrastruktur Kritikal Negara)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Selasa baru-baru ini memaklumkan peningkatan harga arang batu telah menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 45 peratus.

Namun begitu, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat sebanyak dua sen per kilowatt jam untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022. Kerajaan menampung subsidi sebanyak RM715 juta, yang mana kita menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu lagi, antara Julai sehingga Disember 2021, sebanyak RM1.672 bilion telah dibelanjakan untuk pembayaran bahan api bagi penjanaan elektrik yang sepatutnya dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022.

Harga sebenar dengan kenaikan harga arang batu yang mendadak di pasaran global telah mencecah AS$105.09 setan metrik berbanding harga yang diunjurkan pada 2021 hanya AS$67.45 setan metrik.

Perkara ini menyebabkan pertambahan kenaikan harga bahan api sebanyak AS$37.64 setan metrik. Justeru itu, ia menyebabkan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) ini terpaksa mengenakan kos dilepaskan kepada pengguna komersial dan industri dengan surcaj sebanyak 3.70 sen per kilowatt jam.

Beliau berkata, pengguna komersial dan industri digalakkan untuk meneroka potensi tenaga solar menerusi pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri dengan menyertai satu program di bawah KETSA iaitu Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih 3.0.

“KETSA juga menyarankan pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan yang dikategorikan ‘four star’ dan ‘five star’ yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

Sumber:

SINAR HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …