PENERBANGAN VTL PERTAMA DARI SINGAPURA SELAMAT TIBA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

GEORGETOWN, 17 Mac 2022 –  Persetujuan bersama antara Kerajaan Malaysia dan Singapura memperluaskan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin atau Vaccinated Travel Lane (VTL) melalui udara bagi laluan ke Pulau Pinang ternyata memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada warga Malaysia yang menetap di negara itu.

Penerbangan VTL pertama dari Singapura ke Pulau Pinang  berjalan lancar dengan menggunakan pesawat Air Asia AK1730 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas pada 16 Mac 2022 (Rabu), jam 6.40 petang. Semua penumpang dibawa melakukan ujian RT-PCR sejurus tiba di LTAPP.

Difahamkan bahawa sebanyak dua (2) penerbangan VTL di LTAPP semalam membabitkan Singapura ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Singapura dengan menggunakan pesawat Air Asia dan Singapore Airlines.

Sumber : Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …