JUAL BELI ONLINE : PENIAGA KENA AMBIL TAHU 8 PERKARA INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Pembelian secara online atau pembelian secara dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Antara platform pembelian online yang sering dilayari oleh pengguna ialah Shopee, Lazada, PGmall dan lain-lain. Antara kelebihan pembelian secara online ialah pengguna dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian telah disediakan.

Bagi pihak penjual pula, mereka perlu mengetahui maklumat penting yang perlu dipaparkan atau didedahkan jika menawarkan produk dan perkhidmatan secara dalam talian. Ini telah termaktub di bawah Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang digariskan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Bersama-sama ini dikongsikan infografik yang telah disediakan oleh KPDNHEP berkaitan maklumat-maklumat yang perlu dipaparkan oleh peniaga online di dalam iklan mereka.

Sumber : Laman Rasmi KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut