53 KES TIPU PINJAMAN BABIT KERUGIAN RM5.3 JUTA TAHUN INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Polis merekodkan sebanyak 53 kes penipuan pinjaman tidak wujud membabitkan kerugian RM5.31 juta dengan penahanan 545 individu, dalam tempoh dua (2) bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata rekod sepanjang tahun lalu pula menunjukkan sebanyak 4,788 kes sama dengan kerugian RM50.64 juta dan penahanan 3,183 orang.

Ia menunjukkan penurunan jika dibandingkan 2020 yang merekodkan 5,723 kes membabitkan kerugian RM60.22 juta dan penahanan 3,092 individu.

JSJK mendapati masih berlaku kes penipuan pinjaman tidak wujud. Kes menunjukkan trend penurunan, namun ia masih menjadi antara jenayah kerap dilaporkan. Mengikut kajian dijalankan, modus operandi digunakan tidak banyak berubah.

Sindiket penipuan akan mengiklankan perkhidmatan mereka melalui laman sosial, aplikasi WhatsApp dan seumpamanya. Kaedah faedah rendah dan proses kelulusan pantas antara tawaran diberikan bagi memperdaya mangsa.

Mereka yang berminat seterusnya diminta membuat bayaran atas pelbagai alasan seperti bayaran insurans, perjanjian, guaman, kredit, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan untuk aktifkan akaun sebelum pinjaman diluluskan. Namun setalah bayaran dibuat, pinjaman dijanjikan tidak diterima,” kata Pengarah JSJK itu lagi.

Siasatan dan operasi dilakukan bagi menangani kes berbangkit, namun aspek pencegahan merangkumi kesedaran masyarakat juga perlu diambil berat.

PDRM menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan beberapa kaedah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud. Antaranya ialah:

  • Jangan mudah percaya dengan iklan promosi pinjaman wang dengan tawaran faedah rendah, proses pinjaman cepat tanpa syarat ketat atau tanpa memerlukan penjamin menerusi media sosial;
  • Seterusnya, hadir secara fizikal ke institusi perbankan atau kewangan berlesen sahaja untuk membuat permohonan pinjaman wang serta jangan membuat bayaran pendahuluan. Semua bayaran dikenakan akan ditolak atau dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman keseluruhan;
  • Jangan sesekali memberi maklumat diri dan akaun bank secara lisan, bertulis atau melalui apa-apa aplikasi kepada orang tidak dikenali;
  • Jangan membuat pinjaman daripada syarikat atau institusi kewangan tidak berlesen. Lakukan semakan melalui laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pengesahan syarikat pinjaman wang berlesen.

Sumber:

BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …