MESYUARAT SURUHANJAYA BERSAMA KEDUA TINGKAT KERJASAMA BILATERAL MALAYSIA-MESIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Kerjasama Bilateral/Multilateral)

Malaysia dan Mesir telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Kedua di Malaysia sebelum November 2022. Keputusan ini telah dicapai melalui satu sesi perbincangan sempena lawatan rasmi Menteri Luar Negara Mesir ke Malaysia pada 14 hingga 16 Mac 2022. Mesyuarat JCM Pertama telah diadakan di Kaherah, Mesir pada tahun 2008. Penganjuran mesyuarat ini melambangkan kata sepakat kedua-dua buah negara untuk mengaktifkan semula mekanisme dua hala menerusi penganjuran mesyuarat JCM dalam usaha meningkatkan kerjasama bilateral menerusi pelbagai bidang yang boleh diterokai secara bersama.

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …