DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pematuhan SOP PPN Fasa 4, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Test Kit Covid-19, Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian pada 15 Mac 2022 di sekitar kawasan Georgetown.
Pemeriksaan dilakukan oleh tiga (3) orang pegawai terhadap dua (2) premis perniagaan. Pemeriksaan mendapati tiada premis yang melakukan kesalahan dan tiada kes dihasilkan.
Sumber : Laman FB KPDNHEP Negeri Pulau Pinang