SKIM PINJAMAN KENDERAAN KOMERSIAL INISIATIF BANTUAN KEPADA PENGUSAHA INDUSTRI PENGANGKUTAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memaklumkan, Bank Rakyat akan memperkenalkan Skim Pinjaman Kenderaan Komersial dalam usaha membantu pengusaha industri pengangkutan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata skim itu terbuka kepada pengusaha bas sekolah, bas ekspress, lori dan teksi yang berdepan kesukaran ketika ini. Kenyataan ini dibuat selepas beliau menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur di Puchong pada 15 Mac 2022.

Katanya, pinjaman menerusi skim sewa beli itu baru diperkenalkan dan boleh dimohon usahawan perkhidmatan pengangkutan dalam tempoh terdekat. Jumlah pinjaman menerusi sewa beli itu akan diberikan sehingga 80 peratus dan pihaknya juga akan membantu pengusaha dengan memberi peluang mendapatkan pembiayaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Sebagai maklumat tambahan, TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Sumber:

Berita Harian

Laman Web Rasmi TEKUN Nasional

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut