TANGKAPAN JENAYAH KOMERSIL DI BARAT DAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 16 Mac 2022 – Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya telah membuat tangkapan terhadap tiga (3) wanita berusia 30’an hingga 40’an kerana disyaki menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen pada 15 Mac 2022.

Tangkapan tersebut dilakukan di dua lokasi yang berasingan iaitu di Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru dan Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Dalam serbuan tersebut, Polis Barat Daya turut merampas komputer, komputer riba, telefon bimbit, kad ATM dan pelbagai dokumen yang berkaitan bagi melengkapkan siasatan. Kes ini disiasat di bawah Sek 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sumber : Laman FB IPD Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …