PRODUK MINYAK MASAK: SKIM HARGA BERBEZA DIJANGKA DIPERKENALKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka memperkenalkan skim harga berbeza bagi produk minyak masak.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia membabitkan cadangan penetapan dua harga berbeza produk minyak masak bagi kegunaan domestik dan eksport. Beliau menjawab celahan Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) mengenai subsidi minyak masak, pada sesi penggulungan perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi KPDNHEP di Dewan Rakyat pada 15 Mac 2022.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan pengagihan subsidi minyak masak sampai kepada golongan sasar, selain mengelak daripada berlaku ketirisan dalam pengurusan dana bagi produk berkenaan. Beliau berkata, skim itu bagaimanapun masih pada peringkat cadangan, selain diyakini mampu menjadi alternatif kepada sistem sedia ada.

Terdahulu, Alexander berkata, kerajaan menambah peruntukan subsidi minyak masak membabitkan nilai RM1.9 bilion berbanding jumlah sedia ada, bagi memastikan tiada gangguan bekalan.

Mengenai had pembelian minyak masak bersubdisi pula, beliau berkata, ia bertujuan memastikan pembelian produk berkenaan adalah terkawal dan hanya golongan layak boleh membelinya.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …