GEGELANG SOTONG TIADA DNA BABI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT  (Keselamatan Makanan)

Menerusi Berita Harian Online pada 15 Mac 2022, dilaporkan bahawa Jabatan Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Mohd Sufian Sulaiman memaklumkan bahawa jabatan itu melalui makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, telah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu. Beliau menegaskan berpandu kepada sampel gegelang sotong sejuk beku yang telah diuji, ianya adalah selamat dan tidak mengandungi DNA babi. Hasil ujian tersebut akan dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, pusat biosekuriti berkenaan adalah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan sumber laut, bagi kegunaan oleh pengguna Malaysia. Selain mempunyai kepakaran mengesan DNA babi, pusat biosekuriti itu juga bertanggungjawab memastikan makanan laut dalam pasaran dan diimport ke negara ini, bebas penyakit dan kandungan dilarang, selain penternak perlu mematuhi peraturan antarabangsa. Manakala bagi produk makanan laut yang mahu dieksport, penternak perlu mendapatkan sijil keselamatan ikan dan sijil bebas bahan dilarang, sebelum kebenaran eksport dikeluarkan.  Makmal tersebut adalah diyakini kerana telah diakreditasi MS ISO 17025.

En. Mohd Sufian Sulaiman juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak benar, kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan keraguan dalam kalangan pengguna.

SUMBER :
BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …