STRATEGI CEGAH DADAH PERLU LEBIH EFEKTIF

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

 

Strategi pencegahan dadah yang lebih efektif dan holistik termasuk penglibatan masyarakat amat penting dalam menjayakan misi negara ke arah dadah terkawal tahun 2025. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, masalah dadah yang masih menjadi musuh utama negara dilihat bukan sahaja akan merencatkan hasrat untuk mewujudkan kehidupan yang berdaya huni malah mengundang masalah sosial dan jenayah.

Konsep berdaya huni yang diperkenalkan tidak hanya merujuk kepada pembangunan perumahan, infrastruktur, kemudahan dan sebagainya. Malah turut diberikan perhatian ialah soal keharmonian, keselamatan, kesejahteraan masyarakat secara umumnya, namun sekiranya masalah penyalahgunaan dadah tidak dapat ditangani ia akan merencatkan hasrat untuk mewujudkan kehidupan yang berdaya huni.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kuala Muda ‘Bebas’ yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang Madrasah Al-Saadah, Kuala Muda di sini pada Sabtu. Hadir sama, Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung dan Pengerusi Skuad AADK Seberang Perai Utara, Mohamad Shukri Che Awang.

Menurut beliau lagi berdasarkan data AADK mendapati kawasan Kuala Muda, Pulau Mertajam dan Bakau Tua di sini diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko tinggi dengan masalah penagihan serta penyalahgunaan dadah. Masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu boleh diatasi dengan komitmen tinggi semua pihak termasuk memperbanyakkan lagi program pendidikan yang menjurus kepada usaha membasmi penyalahgunaan dadah dan apa sahaja bahan terlarang.

Katanya, generasi muda khususnya golongan pelajar perlu didedahkan dengan bahana dadah yang akan memberi mudarat dan menghancurkan masa depan mereka. Justeru beliau mencadangkan kepada Skuad AADK untuk memperkasakan kempen ini dengan semua sekolah di Parlimen Kepala Batas.

Beliau turut menegaskan bahawa generasi muda perlu diberikan kesederan pada peringkat awal. Penyalahgunaan dan najis dadah ini bukan pilihan untuk mereka dan perlu selalu tekankan supaya mereka tidak sesekali terjerumus dengan keadaan ini.

Sumber:

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut