83 INDIVIDU DITAHAN DI BAWAH POCA SEHINGGA MAC 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

 

Kebanyakan daripada 83 individu yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) di seluruh negara pada tahun ini terbabit jenayah rompakan bertujuan untuk membeli bekalan dadah.

Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, penahanan kesemua individu berusia antara 18 hingga 73 tahun itu dilakukan bermula 1 Januari sehingga 10 Mac lalu. Daripada jumlah itu, seramai 12 individu dikenakan perintah tahanan manakala 71 lagi dikenakan perintah pengawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, kebanyakan mereka adalah penagih yang merompak bukan untuk kaya tetapi untuk membeli dadah selain individu yang terlibat jenayah kekerasan, curi kenderaan dan pemerasan. Sepanjang tahun lalu, seramai 1,190 individu membabitkan pelbagai kesalahan ditahan di bawah POCA dengan 286 individu dikenakan perintah tahanan manakala 904 dikenakan perintah pengawasan.

Penahanan di bawah akta tersebut membolehkan seseorang ditangkap dan ditahan tanpa bicara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan polis bertanggungjawab untuk memulihkan mereka, jika belum pulih, tempoh boleh dilanjutkan. Tambah beliau lagi melalui kenyataan pada sidang media pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Melor, Kota Bharu pada Ahad lalu, bagi kes membabitkan rompakan, tindakan kepada mereka yang merompak, orang tengah yang membeli harta rompakan dan pembeli barangan rompakan, semua akan ditangkap.

Antara negeri yang tinggi rekod individu dikenakan POCA adalah di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …