BERITA PALSU : TIDAK PASTI JANGAN KONGSI!

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Perbuatan masyarakat yang masih menyebar dan berkongsi berita palsu boleh memberi impak buruk bukan sahaja kepada individu dan reputasi sesebuah organisasi tetapi juga kepada kesejahteraan negara. Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu perkara atau isu disebarkan dan dipanjangkan kepada orang lain. Masyarakat juga perlu disedarkan bahawa bukan semua berita di internet adalah benar.

Penyebaran berita palsu boleh menjatuhkan maruah diri, menyebabkan orang ramai panik dan mengalami masalah kesihatan mental kerana bimbang berlebihan akibat percaya kepada berita palsu yang tidak diketahui sumbernya.

Walaubagaimanapun, terdapat laman web yang disediakan khas untuk membanteras berita palsu. SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

Anda juga boleh membaca dengan lebih terperinci langkah-langkah menyemak berita palsu seperti infografik yang telah disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Sumber : Laman FB Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …