MALAYSIA-EGYPT LIHAT PROSPEK YANG LEBIH BESAR DALAM PENGEMBANGAN PASARAN MINYAK SAWIT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)

Malaysia dan Mesir melihat prospek yang signifikan bagi pengembangan pasaran minyak sawit yang lebih besar melalui usaha sama dengan syarikat-syarikat Mesir dalam pemindahan teknologi, kepakaran serta modal menurut Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau turut menyeru semua peneraju perniagaan, korporat dan penggerak industru untuk merebut peluang selain mengembangkan lagi perdagangan dan kerjasama perniagaan Malaysia-Mesir ke tahap selanjutnya.

Menurut Menteri Kanan itu lagi, Mesir pada tahun lepas kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia di rantau Afrika Utara dan telah menjadi antara enam (6) rakan perdagangan terbesar di Malaysia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Mesir juga telah meningkat sebanyak 84.4 peratus kepada hampir US$1 bilion berbanding pada tahun 2020 maklum beliau semasa berucap pada Majlis Makan Malam Rangkaian sempena lawatan kerja oleh Menteri Luar Negeri Mesir, Sameh Hassan Shoukry.

Peningkatan ekspot Malaysia sebahagian besarnya disumbangkan oleh lonjakan permintaan bagi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit Malaysia, manakala peningkatan import dari Mesir merangkumi permintaan untuk buah-buahan dan produk petroleum.

Lawatan sulung oleh Menteri Luar Negeri Mesir selama tiga (3) hari tersebut adalah untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah negara selain mencerminkan kesatuan penyelesaian bagi meningkatkan kerjasama.

Petronas telah melabur lebih US$9.0 bilion di negara tersebut sejak tahun 2003, manakala Proton telah mencapai thap bagaru melalui pemasaran Exora dan Saga di negara berkenaan. Malaysia turut menghargai peluang yang diberikan kepada pelburnya untuk mengambil bahagian dalam sector minyak dan gas serta pasaran automotif Mesir.

Mesir melalui Menteri Luar Negerinya telah melahirkan minat untuk terus membangunkan hubungan perdagangan dan pelaburan, sambal membuka jalan untuk komuniti perniagaan meningkatkan hubungan komersial serta pelaburan mereka.

 

Sumber:

Bernama

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut