MAJLIS PENUTUP KURSUS SENIOR TRAINER COURSE (STC) SIRI 36/22

 

SENDAYAN, 10 Mac 22 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM menyempurnakan Majlis Penutup dan Penganugerahan Pin Jurulatih TUDM kepada penuntut Kursus Senior Trainer Course (STC) Siri 36/22.

Kursus ini telah berlangsung selama 4 minggu bermula 14 Feb hingga 10 Mac 22 melibatkan 9 x pegawai dan 10 x anggota LLP yang terdiri dari pelbagai tred dan unit.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan para jurulatih TUDM yang berkelayakan dan berkualiti untuk menjadi tenaga pengajar. Kursus ini mengandungi 3 Modul iaitu Advance Training Administration (ATA), Workplace Assessment (WPA) dan Training Evaluation (TE). Kesemua penuntut telah lulus 11 ujian merangkumi teori dan juga praktikal.

Majlis turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Sendayan Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM, Pegawai Memerintah INSKEP Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM, Ketua Jurulatih INSKEP Mej Muhammad Azrul bin Mohd Ali TUDM, serta barisan jurulatih dan staf INSKEP.

Tahniah diucapkan kepada semua penuntut Kursus STC Siri 36/22 kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.

Sumber : FB Tentera Udara Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …