KRITERIA BAGI SUAMI/AHLI KELUARAGA UNTUK MENEMANI IBU HAMIL SEMASA BERSALIN

Adalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan.

Polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa. Begitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.

Semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.

SUMBER: FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …