TANGKAPAN JENAYAH KETUM OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 13 Mac 2022 – Balai Polis Sungai Korok, Daerah Barat Daya telah melakukan tangkapan satu (1) lelaki berusia 20’an di tepi Jalan Bharu, Balik Pulau pada 12 Mac 2022.

Pasukan Polis telah menahan seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal dalam keadaan mecurigakan untuk melakukan pemeriksaan semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ). Pihak polis kemudiannya menemui sebungkus plastik hitam di dalamnya mengandungi (2) bungkusan plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum.

Kes disiasat di bawah Sek 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber:

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …