MBSP: PROGRAM PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG KECIL PENGASINGAN SAMPAH DAN PELESENAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN SAMPAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Program pemahaman Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah (Majlis Perbandaran Seberang Perai) 2016 oleh Jabatan Undang-Undang, MBSP telah diadakan di Pasaraya Mydin Bertam, Kepala Batas pada 12 Mac 2022.

Diantara pengisian program adalah sesi menjawab kaji selidik oleh pengunjung yang hadir dan penandaan sticker oleh kanak-kanak berkenaan sampah yang boleh dikitar semula. Seterusnya diikuti dengan tayangan video pemahaman undang-undang kepada semua pengunjung. Program turut dimeriahkan dengan permainan dam ular gergasi dan permainan poster bergambar. Permainan-permainan tersebut mempunyai soalan menguji minda peserta berkaitan kitar semula sampah.

Aktiviti kitar semula merupakan salah satu komponen utama dalam pemuliharaan alam sekitar. Usaha kitar semula ini semestinya dapat mengurangkan sampah awam di kawasan yang padat dengan penduduk seperti di Seberang Perai, malah ia juga merupakan satu cara untuk pengurusan sampah yang betul

Program ini akan diteruskan dengan Siri 2 yang akan diadakan pada 19 Mac 2022 di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam dan Siri 3 pula akan diadakan pada 20 Mac 2022 di Pasaraya C-Mart, Nibong Tebal.  Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada warga Seberang Perai di semua peringkat umur berkenaan pengasingan sampah bermula dari rumah masing-masing.

 

Sumber:

Facebook Majlis Perbandaran Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …