DOS PENGGALAK COVID-19 TINGKATKAN IMUNITI INDIVIDU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Dos penggalak dapat meningkatkan imuniti individu dan mengurangkan kebarangkalian dijangkiti COVID-19. Perunding Penyakit Berjangkit, Prof Dr James Koh berkata, sejak awal tahun lalu, rakyat sudah mengambil suntikan dos vaksinasi utama. Beliau memaklumkan pada awalnya dua dos vaksin sudah difikirkan memadai, tetapi apabila penyelidikan diteruskan dan dengan data baharu, dapatan kes menunjukkan kesan perlindungan atau tahap peneutralan antibodi bagi semua vaksin cenderung menurun mengikut peredaran masa.  Oleh yang demikian Kerajaan dan pihak berkuasa lain di seluruh dunia mengesyorkan suntikan dos penggalak.

Pendapat yang sama turut diutarakan oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang menyatakan dos penggalak diperlukan bagi menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19. Katanya, belum ada kajian berapa lama tempoh keberkesanan vaksin bertahan selepas mengambil dos penggalak, namun inisiatif itu sekurang-kurangnya dapat meningkatkan tahap imuniti badan sekali gus mengurangkan kadar jangkitan.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Berita Harian

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …