JPJ PULAU PINANG: OPS KENDERAAN PERKHIDMATAN BARANGAN (KPB) DENGAN FOKUS UTAMA KENDERAAN TOWING, TOW TRUCK, CAR CARRIER, GARBAGE TRUCK DAN LOW LOADER

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 12 Mac 2022, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, Stesen Penguatkuasa Valdor dan Penaga telah melaksanakan Operasi Khas pelbagai kesalahan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) dengan fokus terhadap KPB seperti kenderaan towing, tow truck, car carrier, garbage truck dan low loader. Tumpuan kawasan penguatkuasaan di daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Penguatkuasaan secara berfokus ini dilaksanakan bagi memastikan semua KPB ini mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Kaedah-kaedah C&U 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Sepanjang operasi yang telah dilaksanakan selama 2 hari, pelbagai kesalahan yang dilakukan dikesan seperti tiada lesen memandu, tiada lesen perkhidmatan barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsurans, perakuan pemeriksaan puspakom tamat tempoh serta kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, cermin gelap, memasang lampu strobe light tanpa kebenaran, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi dan lain-lain kesalahan teknikal.

Penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus terhadap KPB ini akan terus dilakukan bagi memastikan pengusaha dan pemandu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin selamat dan kenderaan selamat digunakan dijalan raya.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …