PROSES MENGUNDI AWAL BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR KE-15 BERJALAN LANCAR

8 MAC 2022, Johor Bahru – Proses mengundi awal bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 telah bermula seawal 8.00 pagi di 63 Pusat Mengundi yang diwartakan. Sejumlah 87% atau 18,625 orang pengundi daripada 22,531 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal. Antara pengundi awal termasuklah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay. Proses mengundi awal bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 berjalan lancar.

Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Terlibat!!

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Berikut adalah antara gambar-gambar di sepanjang tempoh Proses Mengundi Awal PRU Dewan Negeri Johor Ke-15

          

Sumber:
Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru
Polis Johor

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …