PERTEMUAN PESERTA OKU MALAYSIA EVEREST 2022 BERSAMA DATUK BANDAR SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kenegaraan)

Peserta OKU Malaysia Everest 2022, Encik Muhammad Hawari Bin Hashim telah mengadakan pertemuan bersama Datuk Bandar Seberang Perai, YBhg. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad pada 7 Mac 2022. Encik Hawari adalah seorang OKU pendengaran dan percakapan yang akan menyertai misi pendakian Gunung Everest pada 26 Mac 2022 hingga 11 Jun 2022 nanti.

Pertemuan beliau bersama Datuk Bandar sedikit sebanyak dapat memberi kata-kata semangat serta harapan kepada anak watan Seberang Perai ini dalam usaha untuk mendaki gunung tertinggi di dunia nanti.

Hadir sama dalam pertemuan ini Tuan Haji Taufek Bin Abdul Rahman, Pegawai Penyelaras KADUN Permatang Berangan dan Puan Siti Hajar Binti Azemi, Pengerusi JPWK Permatang Berangan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Hawari dan semoga impian beliau untuk mencipta rekod OKU Pertama Malaysia mendaki Gunung Everest tercapai demi mengharumkan nama Malaysia, Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Sumber: Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut