AKPK: BANTU INDIVIDU KUASAI SITUASI KEWANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

AKPK berpaksikan kepada misi untuk memperkasakan masyarakat isi rumah dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya mempunyai tahap kewangan yang kukuh melalui pendidikan, khidmat nasihat kewangan serta khidmat pengurusan kredit yang bertumpukan pelanggan AKPK. Manakala visi bagi agensi ini adalah untuk menjadi peneraju badan berautoriti dan dipercayai dalam kesejahteraan kewangan, memperkasakan masyarakat kukuh kewangan dan menyumbang dalam pencapaian matlamat sosioekonomi negara.

Terbaru, AKPK menerusi Laman Facebook miliknya, memohon orang ramai untuk berhati-hati dengan ejen palsu dan hanya berurusan hanya dengan institusi yang sah.

AKPK TIDAK MELANTIK EJEN atau mengenakan BAYARAN ATAU CAJ. AKPK menyediakan PENYELESAIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN secara PERCUMA dan orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan tersebut boleh melayari: https://services.akpk.org.my/

 

Sumber:

Laman Rasmi AKPK

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …