SEPAK TAKRAW PIALA PENANG2030: SEMARAKKAN MARTABAT SUKAN TRADISIONAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Sukan merupakan antara platform berkesan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di Pulau Pinang pada 12 Mac 2022, Kejohanan Sepak Takraw Piala Penang2030 telah berlangsung di Kompleks Sukan Azman Hasim, Universiti Sains Malaysia (USM).

Kejohanan yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai RM3,000 itu melibatkan 32 pasukan yang mengambil bahagian termasuk dari Kedah, Perlis, Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kejohanan itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow dan beliau turut berkongsi harapan agar penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Piala Penang2030 dapat menaikkan semula martabat sukan tradisional tersebut.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut