APLIKASI MUDAH ALIH JENDELA BANTU BERI LOKASI DAN LIPUTAN DENGAN TEPAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Akses Digital)

Aplikasi mudah alih Peta Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang tersedia di Android dan Apple Store sejak Februari tahun ini merupakan penambahbaikan daripada bersi web untuk membantu menyediakan syarikat telekomunikasi (telco) lokasi pengguna yang lebih tepat dalam menegnal pasti capaian liputan.

Peta JENDELA di web yang dilancarkan pada Julai tahun lalu bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna memberi maklum balas atau aduan yang aan disalurkan kepada syarikat telekimunikasi berkenaan, maklum Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC), Shamsul Izhan Abdul Majid.

Menurut beliau lagi, Peta JENDELA diperlukan kerana ketiadaan system maklumat pusat dan bebas untuk membimbing dan memaklumkan penyedia perkhidmatan dan orang ramai mengenai perkhidmatan dan liputan telekomunikasi yang terdapat di sekeliling mereka.

Setakat ini Peta JENDELA telah menerima lebih28,000 maklum blas termasuk permintaan baharu daripada orang ramai. Lebih 13,000 maklum balas dan permintaan baharu telah diambil tindakan oleh penyedia perkhidmatan maklum beliau lagi.

Mengulas dengan lebih lanjut, ciri utama yang tersedia dalam aplikasi tersebut adalah termasuk menghantar maklum balas untuk meningkatkan liputan perkhidmatan semasa di Kawasan pengguna, menyemak liputan, peta maklum balas untuk melihat maklum balas daripada orang lain berhampiran lokasi pengguna dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pusat Eknomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di semua kawasan serta tempat menarik.

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …