ANM DALAM PROSES TAMBAH BAIK BENIH PADI BERDAYA TAHAN TERHADAP CUACA EKSTREM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Agensi Nuklear Malaysia (ANM) kini dalam usaha menjalankan penambahbaikan daya tahan terhadap benih padi agar mempunyai ketahanan terhadap cuaca ekstrem yang tidak menentu di negara ini.

ANM dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ketika ini pasukan penyelidik agensi itu telah memulakan penyelidikan bagi menghasilkan varieti benih padi baharu iaitu IS22 dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Menurut ANM, pihaknya turut mendapat bantuan teknikal dari Badan Tenaga Atom Antarabangsa dan Agensi Tenaga Atom Jepun di bawah platform Forum Kerjasama Nuklear Asia. ANM sentiasa proaktif mencari pelbagai kaedah penambahbaikan menggunakan teknologi nuklear dan sentiasa bertindak berdasarkan isu perubahan cuaca global.

Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi tumpuan kepada penghasilan dua jenis benih yang mampu memberi pulangan, kualiti hasil padi yang baik dan benih yang berdaya tahan apabila ditenggelami banjir, serta tidak menggunakan kuantiti air yang banyak.

Sehubungan dengan itu, untuk menghasilkan varieti benih seumpama itu, ANM memaklumkan bahawa pegawai penyelidiknya sedang menjalankan kajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk mendapatkan padi yang rintang kepada banjir dengan kaedah kacukan balik benih padi IS21, dengan varieti yang tahan banjir dan matang awal.

Selain itu ANM juga sedang menjalankan penyelidikan penghasilan padi tahan kemarau menggunakan padi tradisional wangi hitam yang dijangka siap tahun ini. Menurut ANM, kajian tersebut mungkin mengambil masa beberapa tahun dan memerlukan dana penyelidikan sebelum suatu varieti yang berpotensi dihasilkan untuk kegunaan petani dan pesawah.

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …