MYSEJAHTERA: LAPORKAN STATUS UJIAN KENDIRI ANDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Orang ramai digalakkan untuk melaporkan keputusan ujian Covid-19 secara kendiri ke dalam aplikasi MySejahtera bagi tujuan kemas kini data. Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri Covid-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi tersebut. Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk melaporkan keputusan ujian kendiri sama ada positif atau negatif melalui aplikasi MySejahtera:

1. Buka aplikasi MySejahtera dan pilih Lapor Kendiri COVID-19
2. Pilih Kemaskini Keputusan Positif COVID-19
3. Pilih Kemaskini untuk nama
4. Tekan MULA
5. Jawab semua soalan dengan tepat
6. Muat naik keputusan di soalan 4
7. Setelah selesai mengisi semua jawapan, tekan HANTAR
8. Tekan OK jika pasti
9. Tekan MUAT SEMULA untuk lihat Home Surveillance Order (HSO) yang akan diberikan dalam tempoh 12 jam jika anda melaporkan keputusan positif
10. Bagi arahan HSO – semak polisi kuarantin terkini di www.moh.gov.my

 

Sumber:

Laman Facebook MySejahtera

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …